Tuesday 10 July 2012

TOP UP SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA

10HB JULY 2012

Petikan daripada facebook azz marketing berhad
Adalah dimaklumkan pemilik pakej azz ent dibenarkan top up awal RM400 seunit (pemotongan modal lama pakej azz ent sebanyak RM1200 seunit) bagi membeli unit Skim Raja Tilapia AZZ Marketing Berhad bermula hari ini (10 Julai 2012) bagi TIGA tarikh pengesahan pembelian iaitu 16 Julai 2012 (sebanyak 2,000 unit), bagi tarikh pengesahan pembelian pada 1 Ogos 2012 (sebanyak 2,000 unit), dan bagi tarikh pengesahan pembelian pada 16 Ogos 2012 (sebanyak 2,000 unit).

Tujuan top up awal dibenarkan adalah untuk MENGELAKKAN TEMPAHAN UNIT TANPA BAYARAN dilakukan oleh pemilik pakej azz ent dan untuk memberi JAMINAN kepada pemilik pakej azz ent bahawa TIADA kenaikan harga top up melebihi RM400 seunit akan dilakukan bagi tiga tarikh tersebut (16 Julai 2012, 1 Ogos 2012 & 16 ogos 2012) apabila top up awal RM400 seunit dibenarkan.

Top up awal ini boleh dibuat samada di pejabat berdaftar azz di Tingkat 1, Bangunan Sapura, KB atau melalui online: melalui bank in dan email. Walaubagaimanapun, keutamaan bagi tarikh 16 Julai 2012 diberikan kepada yang paling awal top up bermula hari ini dan apabila jumlah 2000 unit yang diperuntukan bagi tarikh 16 julai 2012 telah habis terjual, secara langsung yang top up lebih lewat akan diberikan tarikh 1 Ogos 2012 dan seterusnya diberikan tarikh 16 Ogos 2012.

Terima kasih