Friday 19 August 2011

SURAT KEBENARAN DARIPADA PEJABAT TANAH DAERAH MANJUNG,PERAK

Surat kebenaran daripada Pejabat Tanah Daerah Manjong yang membenarkan AZZ Marketing Bhd mengusahakan projek ternakan ikan air tawar di tapak yang di miliki oleh AZZ Marketing Bhd di Beruas, Perak telah di perolehi.


Wednesday 10 August 2011

PERMOHONAN LENGKAP PENDAFTARAN SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA

Permohonan lengkap pendaftaran Skim Kepentingan Raja Tilapia telah dihantar pada 8 Ogos 2011 yang merangkumi:-
(1)    Latar belakang Syarikat Pengurusan Skim dan Lembaga Pengarah.
(2)    Struktur Skim Raja Tilapia -  Jumlah unit skim yang akan ditawarkan, tempoh skim akan dijalankan, kadar pengiraan keuntungan ahli skim dan kaedah pembayaran keuntungan ahli skim.
(3)    Alamat tapak projek Skim Raja Tilapia.
(4)    Kaedah penternakan yang akan dijalankan.
(5)    Salinan geran tanah tapak ternakan Skim Raja Tilapia.
(6)    Salinan pengesahan kesesuaian tanah sebagai tapak ternakan ikan daripada Perikanan.
(7)     Salinan kebenaran penggunaan tapak sebagai tempat ternakan ikan oleh Pejabat Tanah.
(8)     Latar belakang Syarikat pemegang amanah (My Premier Trustee (M) berhad) dan salinan persetujuan perlantikan sebagai pemegang amanah bagi Skim Raja Tilapia.
(9)     Laporan pengesahan kewangan oleh Juruaudit.
(10) Latar belakang Perunding Bebas Pemeliharaan Ikan, salinan surat perlantikan Perunding Bebas Pemeliharaan Ikan bagi Skim Raja Tilapia dan laporan kaedah ternakan ikan tilapia yang disediakan oleh Perunding Bebas Pemeliharaan ikan.
(11) Salinan contoh borang keahlian Skim Raja Tilapia.
(12) Salinan contoh sijil ahli Skim Raja Tilapia.
Proses pendaftaran skim kepentingan akan  mengambil masa 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap dibuat sebelum kelulusan dasar surat ikatan amanah skim Raja Tilapia diberikan manakala kelulusan rasmi dan pendaftaran prospektus Skim Raja Tilapia akan didaftarkan selepas mendapat pengesahan YB Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan diatas perlantikan pemegang amanah skim Raja Tilapia dan pengesahan SSM diatas perlantikan Abdul Khairil Ridzuan Firdaus B. Abdul Rahim sebagai CEO Skim Raja Tilapia.