Friday 9 March 2012

KELULUSAN DASAR SKIM RAJA TILAPIA AZZ MARKETING BHD

Sukacita di maklumkan bahawa pada tanggal 9 hb March 2012 pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) telah memberikan KELULUSAN DASAR SKIM KEPENTINGAN RAJA TILAPIA kepada AZZ MARKETING BHD. 

Dengan kelulusan ini bermakna AZZ Marketing Bhd merupakan syarikat PERTAMA di Malaysia yang di benarkan menjalankan 2 Skim Kepentingan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah pengurusan satu syarikat DIDALAM KATEGORI KONGSITANI

Penawaran Skim Kepentingan Raja Tilapia kepada orang awam hanya boleh di buat setelah AZZ Marketing Bhd memperolehi KELULUSAN PENUH ( AKHIR ) daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang di jangka akan mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan lagi.

Nilai keseluruhan Skim yang di luluskan adalah sebanyak 
RM 480 juta iaitu RM 48 juta ( 30,000 unit pakej @ RM 1,600.00 ) setiap 2 tahun sebanyak 10 pusingan ( 20 tahun )




HALAMAN PERTAMA


HALAMAN KEDUA

 
STRUKTUR SKIM RAJA TILAPIA YANG TELAH DIBERIKAN KELULUSAN DASAR OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA adalah seperti berikut:

1) Tempoh keseluruhan Skim Raja Tilapia yang didaftarkan adalah selama
20 tahun (10 kali penawaran skim)

2) Pendaftaran unit skim raja tilapia adalah melibatkan
30 ribu unit dimana 21 ribu unit (70%) akan ditawarkan kepada orang ramai manakala baki 9 ribu unit lagi akan dipegang oleh pihak syarikat dan baki hanya akan ditawarkan selepas mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pendaftar Syarikat.

3) Tempoh penawaran skim raja tilapia adalah
setiap 2 tahun iaitu melibatkan kepentingan ahli skim keatas skim tersebut bagi 4 pusingan hasil (setiap 6 bulan).

4) Harga penuh bagi satu unit skim raja tilapia adalah berharga
RM1600.00

5) Tapak ternakan ikan tilapia yang digunakan adalah seluas kira2 10 ekar yang beralamat di Lot 9190 & Lot 9196, Mukim Beruas, Manjung, Perak yang mana telah mendapat surat kebenaran penggunaan tanah sebagai tapak ternakan ikan daripada Pejabat Tanah Manjung, Perak dan telah mendapat pengesahan kesesuaian tapak untuk ternakan ikan daripada Jabatan Perikanan Manjung, Perak.

6) Ikan tilapia yang bakal diternak adalah dari jenis ikan tilapia merah dan medium ternakan yang bakal digunakan adalah sangkar.

7) Penasihat bebas skim raja tilapia yang dilantik adalah daripada Syarikat Kris Ocean Aquatic Sdn Bhd.
8) Pemegang amanah skim Raja tilapia yang dilantik adalah daripada Syarikat My Premier Trustee (M) Berhad

9) Sijil ahli skim raja tilapia akan diberikan bagi setiap unit skim raja tilapia yang dibeli.

Ada lah di jangkakan jumlah hasil yang akan di bayar kepada ahli skim adalah di antara RM 540.00 hingga RM 640.00 untuk setiap pusingan hasil ( sebanyak 4 kali )

 TAHNIAH AZZ MARKETING BHD.....