Friday 27 April 2012

Kelulusan YB Menteri untuk perlantikan Pemegang Amanah

26hb April 2012

Sukacita di maklumkan bahawa pada 24hb April 2012 YB Menteri telah meluluskan permohonan AZZ Marketing Bhd untuk melantik My Premier Trustee ( Malaysia ) Bhd sebagai Pemegang Amanah untuk Skim Kepentingan Raja Tilapia.

Dengan kelulusan ini langkah seterusnya adalah menunggu pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia bersidang untuk mendapatkan surat kelulusan penuh / akhir Skim Kepentingan Raja Tilapia untuk membolehkan AZZ Marketing Bhd meneruskan proses pendaftaran PROSPEKTUS SKIM yang di jangka mengambil masa 2 minggu. Selesai pendaftaran prospektus maka baru lah Skim ini dapat di tawarkan kepada orang awam . 


Adalah di jangkakan penawaran Skim Kepentingan Raja Tilapia akan dapat di tawarkan kepada orang awam sekitar minggu pertama bulan Jun 2012 nanti.

TAHNIAH...AZZ MARKETING BHD